Sunday 27 March 2016

Tengok Orang Bersalin :)

   Sebenarnya niat nak menulis hari rabu lepas. Tapi dah tiap2 hari balik dari hospital yengah2 malam, tak dan pulak nak menulis. Baik tido! Ye dok? Hehe.. Tapi disebabkan hari ni kita balik awal sikit dari semalam, so here we go with the post :p

   Okay, ceritanya macam ni. Actually, i've got this one feeling di mana tak boleh nak tengok orang bersalin. Rasa ngilu. Rasa macam diri sendiri yang nak bersalin. Huhu.. Tu yang tanya ibu haritu, boleh tak habiskan posting O&G ni dengan jayanya tanpa melihat orang bersalin real life?? Huhu.. jawapannya memang tak lah kn? Msuk posting O&G, and kau tak tengok orang bersalin is possible! Disebabkan perasaan takut, seram dan ngilu ni la, sampai minggu kedua, tak ada satu labor ( orang bersalin) yang aku tengok. Kawan2 lain semua dah tengok banyak kali, tapi aku? haram.. Haha.. Pernah jugak ada kawan tarik tangan untuk masuk dalam labor room utk tengok orang bersalin. Guess what i did? Aku tarik tangan and LARI!!!! Hahaha.. Sengal tak bertempat kan aku ni? Huhu..

   So, dipendekkan cerita, hari rabu semalam ni, aku cabar la diri sendiri. Masuk labor room and pacakkan kaki depan orang bersalin tanpa lari. Memula tu peluh takyah cakaplah. Banyak! Kalah akak yang bersalin tu. Huhu.. Lama2 tunggu baby kluar, aku pun okay dah.. Huhu.. Scary jugak orang bersalin ni. Koyak tak yah cakap. Sakitnya lagi.. So, disebabkan aku pon dah semakin berani tengok labor, sampai ke hari ni, dekat lebih 5 labor dah ak tengok.. Huhu.. Tulah, kita kena paksa diri. Kena cabar diri sendiri. Kalau tak sampai bila nak takut dengan bayang2 diri sendiri kan? Kalau tak paksa diri sampai bila nak berjaya kan? Huhu.. So, konklusinya, kena berani. Kalau pengsan tak apa.. Dekat hospital kan banyak doktor. Apa ada hal? Huhu..

   Sebenarnya, labor ni ada 3 stage. Stage 1, 2 and 3. Stage 1 ni masa mula2 perut rasa sakit tu. Dekat stage 1 ni ada 2 phase. Phase latent dengan active. time phase latent ni selalunya perut tak sakit sangat. Contraction tu berlaku dalam setiap 15-20 minit and lasting dalam 20-30 saat.. And contraction tu pulak berlaku dalam 8-9 jam untuk primid while untuk multipara dalam less than 6 hours gitulah. Phase active ni pulak bila contraction tu makin kerap dalam 5 minit gitu sekali contraction.. Stage 2 ni masa baby keluar dan stage 3 bila uri keluar.. Pelik sebenarnya bila terangkan campur2 bm dengan bi..Huhu... Maaf ya.. Saja nak cerita..

   Banyak2 stage tu yang paling perit bila stage 2.. Lagi2 bila baru anak 1st. Yelah, tak pernah bersalin kan? Jadi susah sikit.. Masa bersalin ni, mak yang paling banyak peranan. Doktor2 dengan nurse hanya tolong je.. Mak2 yang bersalin yang kena teran betul2 supaya anak dapat keluar tengok dunia dan menjadi khalifah yang memakmurkan bumi.. Tapi kalau mak tak kuat semangat, baby boleh lemas tahu.. Tadi pon ada baby yang hampir lemas sebab maknya dah lemah sangat.Walhal time tu kepala baby dah keluar dah sampai leher.. Tinggal nak keluarkan badan je.. Tapi maknya penat sangat sampai baby dah biru (cyanose) dah.. Tapi alhamdulillah 2-2 selamat.. Huhu...

  Tak nak bebel panjang2 sebab nak study dah ni.. Huhu.. So, got to go.. Adios.. Wasalam :)

Saturday 12 March 2016

New Semester!!!

Wow! Diam tak diam, hari isnin ni bermulalah sem baru which is sem 6.. Halfway pass and halfway to go.. Serious tak sangka dah 5 sem lepas dah.. Dah melalui 2 tahun preclinical years which full with books and class and tutorials.. daaaa.. penat weyh :'(
dah berlalu jugalah 3 posting masa tahun 3 ni.. another 2 posting to go! Ho yeahhh

Posting public health sudah, posting medicine sudah, posting paediatrics pon sudah.. Tinggal posting surgery dengan posting O&G.. Ni la posting2 masa taun 3 ni.. Nanti masa year 4 dengan year 5, ada posting yang berulang, ada jugak posting yang lagi  specific.. So, hari isnin ni, aku akan menjalani posting O&G... Scarynya sebab kena tengok banyak labour... And kena rasa banyak kali direject oleh patient...Huhuhu.. Sebab kawan2 cakap yang posting O&G ni, yang susahnya patient.. Sebab most mereka susah nak bagi kerjasama... Semoga Allah permudahkan... Amiinn..

Walaupun dah masuk sem baru, result sem lepas tak keluar lagi weyh... Sob sob.. So xtahu lagi sama ada sem lepas lulus ke tak tiap posting. Kalau tak lulus, kena buat remedial. Kalau tak lulus remedial, kena repeat year.. Ya Allah, semoga satu batch semua lulus dengan jayanya.. Doakan kami... Sebab 5 tahun tu dah cukup lama.. Tak sanggup rasanya nak tambah satu tahun ulangan lagi.. no no no.. hehehe..

Kadang2 rasa macam nak give up.. Tapi mengenangkan parents dan family yang dah menaruh harapan.. Tak sanggup rasanya nak buat mereka kecewa.. Lagipun, aku selalu berpegang, kita berada dekat mana kita ada sekarang ni sebab Allah yang letak. Dia tahu kita mampu, that's why we are here.. kalau rasa lelah, mintak tolong Dia.. InsyaAllah.. kita mampu buat :)

Tak nak bebel lama2.. Huhu.. Ni pun dah ngantuk... So, got to go.. Adios.. Wasalam :)

Wednesday 2 March 2016

SPM??

Hari ni kalau tak silap result spm keluar..ye dok?? Almaklumlah.. Budak asrama ni dia tak terdedah dengan dunia luar sangat...hik2..

For those yang akan ambik result hari ni, i know it's a little bit cliche but still nak cakap jugak.. Whatever the result is, tu la yang terbaik Allah bagi,. Cemerlang atau tidak, still keputusan exam tu adalah ujian dari Allah.. Kalau cemerlang, adakah kita akan bersyukur? Kalau kurang cemerlang, mungkin Allah nak tengok adakah pengharapan kita masih pada Dia, atau kita terus mengalah dan jauh dari Dia..

Whatever it is, kita kena bersyukur sebab kita ada rezeki dapat belajar sampai spm... ada orang, form 1 pun dia tak dapat belajar sebab kekurangan dari segi kewangan... Jadi bersyukurlah..

Lepasni, mesti otak dah mula serabut... Asasi, Matrik or Diploma?? Kalau yang ada rezeki lebih tu bole buat foundation untuk further luar negara pulak...huhuh... Apa beza semua tu kan?? InsyaAllah kalau rajin, akan diupdate di next entry...

Penat semalam habis exam pun tak habis lagi..uhuhuhu... Ha ni lagi satu hal.. Tak tahulah apa rezeki, daoat 2 doktor untuk long case punya exam.. Peh masak weyh kena bertubi-tubi soalan dari 2 doktor... Fuhhh...

K la.. Got to go.. Adios.. Wasalam :)