Monday 1 August 2016

Cabaran 1 bulan 10kg!!

Ha... Tengok tajuk pun dah macam apa kan? Actually sekarang ni tengah cuti sem.. So, aku fikir nak kuruskan badan.. Nak kurus ni bukan sebab nak cantik sebab cantik tu kan subjektif.. Tapi nak kurus ni lebih pada nak sihat.. Sebab bila belajar kita tahu kan yang orang gemuk ni senang dapat banyak penyakit.. Jadi, sempena cuti sem sebulan ni, aku nak at least dapat kurangkan 10kg..  So, kiranya tiap minggu at least 3-4 kg kena kurang la kan? Huhuhu... Tak tahu boleh ke tak buat, tapi kena la disiplin dan rajin kan?? 

So, sempena nak kurus ni, aku ada la buat plan berdasarkan bahan bacaan sikit2.. Huhuhu... Semoga dapat membantu aku untuk kurus.. Huhu... Disebabkan aku ni seorang yang tak rajin untuk keluar bersenam, program kurus aku ni lebih pada pemakanan.. Tapi masalahnya aku ni SUKA SANGAT mengunyah... Huhuhuh... Aptb daa..... So, ni plan2 aku:

1) STRICTLY no sweet drink ( kalau jenis yang suka minum air manis, sekali je sehari.. Tapi tak boleh la lebih secawan kopi tu ea.. Hehehe..)

2) minum air masak kena banyak.. ( ni fundamental.. Apa2 pun air masak kena banyak minum.. At least 2L.. The more the better..)

3) Disebabkan malas nak keluar bersenam, aku kena pastikan at least sehari skipping 20-30 kali.. Bila baru nak start memang susah.. Jadi start dengan 5-10 sehari.. Lepastu, kena tambah2 la bilangan tu.. Huhuhu... 

4) Kalau malas sangat nak skipping, baring2 tengok tv tu, gerak2an kaki.. Tak boleh statik je.. Huhuhu...

5) Kena start dengan detox dulu.. Apa2 pun , detox badan dulu.. Ni, banyak cara boleh detox.. Aku pilih detox dengan lemon je.. Nak cara lain, boleh google.. Huhuhu..

6) So, ni jadual makan aku buat :
- pagi: minum air detox, roti wholemeal 2 keping dgn telur sebiji ( buat sandwich)
- tengah hari: nasi (portion kecik je-at least segenggam tangan tak boleh lebih), protein dgn sayur2 kena byk untuk cover nasi yang sikit tu)
- malam: makan lauk2 je tanpa nasi

-snek2 kalau rasa nak kunyah: epal ( tak boleh lebih 1biji sebab buah2an pun ada glucose), telur goreng hancur tanpa minyak
-setiap 2 jam kena minum air masak atau teh hijau 
-kalau lapar je, minum air masak.. Kadang2 kita lapar bukan sebab kita betul2 lapar, tapi sebab badan kurang air..

Ni plan sendiri, Tak tahu jadi ke tak.. Doakan :)
Kalau ada tips lain boleh la share.. Nanti, aku share berkesan ke tak diet sebulan ni.. Huhu..
Adios. Wasalam :)

Wednesday 13 July 2016

Belajar Dari Hati

Hello everyone! Wow! Lama sungguh tak menulis eak? Last post bulan april klau tak silap.. Sekarang bulan julai! Fuh! Agaknya kalau ada blog ni boleh berhabuk, mesti tebal dah habuk tu.. Huhu.. Firstly, nak ucap selamat hari raya pada semua warga blogger yang muslim.. Alhamdulillah Allah temukan kita dengan Ramadan dan Syawal tahun ni.. Semoga tahun depan, kita semua masih diberi kesempatan serta umur untuk berjumpa dengan bulan2 ni lagi :)

   Berbalik pada tajuk di atas, hari ni aku nak share pasal belajar dari hati. Apa maksud tu?? Sebenarnya maksud yang aku cuba sampaikan ni, belajar kena ikhlas dari hati kalau nak ilmu tu kita faham dan lekat sampai bila2.. Kalau sekadar belajar, baca, hafal tapi bukan belajar dari hati, ilmu tak kekal lama dan susah kita nak cepat faham.. Boleh faham tak penerangan ni?? Huhu..

   Aku bagi contoh ea.. Aku ni bukanlah seorang yang belajar dari hati sebelum ni.. just belajar untuk exam and bedside teaching dengan doctors.. Teruk kan aku?? Dah la ambik medik tapi cara belajar macam ni pulak.. Aku belajar macam ni sampailah ada satu ketika masa posting O&G, aku ada presentation case and aku kena present part differential diagnosis dengan part discussion disease.. So, aku tergerak lah nak belajar dari hati before start buat slides.. Masa tu, aku guna semua deria, aku tanamkan dalam hati aku nak belajar betul2.. Time tu, hati aku rasa tenang and seronok je.. Time tu jugak aku cepat je faham apa yang aku belajar.. Selalu tu kena ulang banyak2 kali baru faham.. Sampaikan masa presentation, doctor tanya pasal something tentang disease yang aku belajar tapi aku tak letak dalam slides, and guess what?? Aku dapat jawab dengan mudahnya... Selalunya, aku kena belek2 nota or slides sbb aku sendri tak ingat and tak faham sangat dengan apa yang aku belajar.. Tapi alhamdulillah, masa belajar kali ni lain sangat... Aku faham yang sungguh2.. Huhu..

   Lepas tu, masa ada exam long case, aku memang tak sempat langsung nak belajar banyak pasal kes2 gynae.. Dipendekkan cerita, aku dapat kes gynae! Masa nak naik wad untuk clerk patient tu, Allah je tau dalam hati aku ni macam mana.. Dalam kepala dah fikir pasal fail je.. Huhu.. Yela, dahlah tak tahu dapat kes gynae yang mana satu.. Lepas tu soalan dari doctor pulak tak tahu apa yang akan ditanyanya.. Kalau setakat tanya pasal investigation bolehlah...Kalau tanya pasal differential mati aku... Sebab aku tak baca sgt pasal gynae!! :'(

   Dipendekkan cerita lagi, rezeki Allah bagi dekat aku time exam tu.. Aku dapat kes yang aku study by heart yang aku cerita tadi.. Time tu gembiranya hati tak terkata... Lepas tu semua soalan doctor aku dapat jawab dengan baik.. Walaupun aku tak baca masa dah nak exam bahagian gynae, tapi sebab aku dah pernah study kes gynae ni by heart, mmg aku betul2 faham dan ingat.. Sejak kejadian tu, everytime aku nak study, aku akan pastikan aku study dari hati.. Aku tak lagi menetapkan exam sebagai matlamat aku.. Yang penting aku kne faham dari hati apa yang aku belajar.. Sebab i'm going to be a doctor in which there is only one line between my patient's life and death.. So, ak kena lah belajar betul2 kan?? :)

So, itulah cerita di sebalik belajar dari hati tu :)
Mohon doa yang baik2 dari semua... Wasalam.. Adios! :*

    

Sunday 17 April 2016

Ujian dari Dia

   Hari ni aku curik2 masa kejap nak update blog ni. Ceritanya berlaku minngu lepas tapi baru sempat aku nukilkan hari ni.. Ceh, nukilkan... Sastera sungguh cik doktor ni.. Huhu

   Aku kena hantar case write up (details and discussion pasal satu patient yang kita pilih) hari Jumaat lepas. So, aku ambil masa lah dalam 2 minggu gitu untuk carik case, then study pasal case tu, then buat cwu ni... Dipendekkan cerita, masa rabu petang tu, lepas aku dah siapkan almost 98% cwu tu, ak tidurlah.. Laptop semua dah shutdown dah.. Lepastu, malam rabu tu ingat nak sambung balik buat part yang tak siap lagi.. Sekali, laptop x boleh on!!!!

  Aku dah cuak dah time ni.. Yelah, cwu semua dalam laptop.. Mana ada back up dalam pendrive ke emel ke.. Cuak dah sebab hari jumaat dah kena hantar.. Aku pon menangis-nangis la pinjam housemate aku punya laptop.. Sebab aku tahu, aku tak boleh nak tunggu hari esok untuk on balik laptop ni.. What if kalau esok pun still tak boleh on? Naya kan?? So, aku pon pinjam laptop kawan and BUAT BALIK cwu aku tu... Warghhh!!! Dah lah cwu aku ambik masa at least seminggu lebih baru dapat sampai 98% tu, ni mampu ke aku buat dalam masa tak sampai 48 jam before kena submit?? Huhu..

  So, berbekalkan data patient yang aku save dalam fon and ingat2 lupa apa yang aku tulis dalam cwu, aku pun curahkan lah balik ke dalam cwu aku yang baru..Masa tu menangis tak yah cakaplah... Yela, stress kot.. Kena buat balik.. Pastu mana la kita ingat sangat apa yang kita taip dalam cwu tu.. Huhu.. So, malam rabu tu aku tidur dekat pkul 4 pagi jugak lah buat cwu yang bru.. tapi tu pon baru 75% je.. Sob sob... Stress sangat time tu..

  Masa tengah buat cwu yang baru ni la tetiba aku terpikir, Allah tengah uji aku sebenarnya.. Allah nak tengok, ujian ni buat aku down and makin jauh dengan Allah atau makin dekatkan aku dengan Allah.. Aku pun tersedar satu benda, yang Allah uji aku dengan laptop rosak yang mengakibatkan aku kena buat balik cwu ni sebab Allah tahu aku mampu.. Allah nak sedarkan aku.. Mungkin ada perbuatan aku yang buat aku lalai dari ingatNya.. Dari saat tu lah aku tersedar, yang kehidupan aku yang agak sibuk ni buatkan aku jarang sebut nama Allah melainkan hanya dalam solat.. Allahuakbar.. Astaghfirullah.. Teruk kan aku??Jangan jadi macam aku :(

  Jadi, bila Allah dah uji aku macam ni, baru la aku tersedar kesilapan aku tu... Since dari kejadian tu, aku cuba balik lazimkan lidah ni untuk sebut nama Dia.. Walaupun kadang2 aku lupa, aku akan cuba topap balik dari sehari ke sehari.. Menjadi yang lebih baik...

  Hari khamis pagi tu, aku pergi la kedai laptop untuk betulkan laptop tu.. Masa ni cwu yang baru tak siap lagi..Huhu.. Tapi sebab nak betulkan laptop punya pasal, aku gagahkan diri jugak pergi bandar carik kedai komputer.. Sebab cwu aku yang baru ni tak sebaik cwu yang lama. So, aku menyimpan harapan dan doa agar laptop aku dapat on and cwu aku yang lama dapat diselamatkan. Huhu.. Allah dengar suara hati kecil aku.. Once sampai je kedai laptop, terus laptop aku dapat on balik.. Huhu.. Aku tak tunggu lama.. Terus transfer cwu masuk pendrive.. lepas ni kalau nak rosak pun aku dah tak kisah sebab cwu aku berjaya diselamatkan..huhuuhu...

  Iktibar dari kejadian tu la buat aku tersedar.. Yang aku ni hanya hambaNya yang lemah.. Apalah daya upaya aku tanpa izinNya... Allah bagi kita ujian sebab Dia tahu kita mampu.. Jadi teruskan berdoa minta pertolongan dari Dia.. InsyaAllah pertolongan akan sampai bila tiba waktunya.. Kita hanya perlu yakin dan percaya.. :)

  Cuba fikir balik, kalau Allah tak uji, maksudnya Allah tak ingat la kn?? So, better Allah uji tanda kasih sayang Dia :)

  Adios, wasalam.