Friday 21 August 2015

why Allah test us?

kenapa pilih untuk bersedih jika mampu untuk bergembira?
kenapa pilih untuk terus sakit jika mampu untuk sembuh sediakala?
kenapa pilih untuk monyok jika mampu untuk terus tersenyum?

kenapa?
kenapa??
kenapa???

ramai yang cakap life is all about making a choice. okay there is no doubt in that statement in fact i do support and agree with that. betullah kan? dalam kehidupan ni, kita tak pernah lari dari situasi untuk membuat pilihan. tapi seringkali kita gagal untuk membuat pilihan yang baik. hurmmm.. kenapa ya?

macam mana tu? that's why lah dalam Islam ada bagi panduan dalam membuat pilihan which are istikharah and musyawarah ( discuss). tapi, jgn lah sampai nak senyum pun kena bincg dulu. kena buat istikharah bagai. senyum kan satu sedekah.. hehehe..so, smile and be happy walaupun byak masalah.

kita ni hidup takkan pernah dapat lari dari masalah. sebab tu lah kita pggil ia sbg kehidupan. Allah bg masalah atau lebih suka aku gelar ia sebgai ujian adalah untuk menguji kita. setiap ujian yang mendatang akan sentiasa naikkan darjat kita ke satu tahap yang lebih baik. bukannya melemahkan kita. bukannya untuk menyeksa kita. kita sendiri kena pandai menghadapi ujian tu. jangan rasa give up or rasa tak mampu sebab Allah bagi ujian mengikut kemampuan hambaNya. percaya pada Allah.
kalau kita rasa lemah sangat mintalah pertolongan Allah. mungkin Allah datangkan ujian tu sebab Dia rindu tangisan kita. mungkin sebab Allah rindu kita sebut namaNya. Astaghfirullah. Allah tak pernah lupakan kita. kita je yang selalu leka dalam mengingatiNya. :(

dalam surah al-ankabut ayat 2, Allah ada cakap,

"patutkah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan hanya berkata, 'Kami beriman,' sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?"

nampak tak? ujian tu didtangkan kepada kita untuk mengetahui keimanan kita. well, everything needs a proof right? so, buktikan pada Allah bahwa kita betul-betul beriman padaNya. penat atau lelah tu perkara biasa sebab kita ni manusia tak sempurna. plus, syaitan-syaitan ni sangat lah rajin mencari peluang untuk melemahkan kita. kita kena bangkit lawan mereka! chaiyok!!!

kita perlu sentiasa sematkan dalam diri dan hati bahawa senjata orang mukmin itu ialah DOA.. jangan pernah berhenti untuk berdoa. hanya orang yang tak tahu bersyukur je yang tak berdoa. kita ni rasanya kategori yang mana? tepu dada tanya iman. assalam. adios!

1 comment:

  1. Bersangka baik pada Allah...insyaAllah, hati tu lag tenang; )

    ReplyDelete