Wednesday, 24 February 2016

Pilih Siapa Kawanmu

Lama sungguh tak menulis ni. Sibuk bebeno ya cik doktor ni.. ke acah2 sibuk?? hik3.. must be the latter right? Well, bukan sibuk mana pun just tak tahu nak menulis apa. So, today i got something on my mind tapi very far from medical field la.. Tak pe kan? Hehhe..

Macam tajuk tu la, " Pilih Siapa Kawanmu"..Kenapa tetiba soalan ni dibangkitkan eak? Sebenarnya, that topic just cross in my mind while i'm hearing azan maghrib.. Entahlah... Maybe rindu dekat zaman sekolah.. Sebab dulu masa zaman sekolah, everytime maghrib je, semua orang lepas roll-call berpusu-pusu pergi ke surau untuk solat jemaah ( sekolah asrama la katakan :p)... i really miss those time :'(

Tapi sekarang zaman universiti ni harapan la nak jumpa kawan2 yang nak ajak kita solat jemaah or kawan2 yang igtkan kita untuk solat awal.. Well, bukan tak ada langsung tapi susah nak jumpa.. Kena usaha sikit untuk cari..heheh.. That's why terfikir siapa kawan2 yang berada disekeliling sebenarnya?? Are they those yang remind me about Him or those yang menjauhkan? Nauzubillah.. Moga2 bukan yang kedua.. Tapi kalau kita ada yang kedua macam mana?? Takkan taknak kawan dengan mereka kan?? Then, terfikir satu hadis ni,

Hadis Rasululah SAW yang bermaksud, 
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” 

(Hadis riwayat Abu Daud).

Kita kena sentiasa tengok dengan siapa kita berkawan sebab mereka yang akan mempengaruhi iman kita. Kalau kita rasa mereka bawa kita jauh dari Allah, tinggalkan mereka, Jangan kawan dengan mereka.. 

Mesti some akan fikir, 
 " macam lah kau baik sangat nak pilih2 kawan ni",
" kalau kau tak nak kawan dengan dia, sape nak kawan dengan dia?"

Sebenanrnya, kawan2 yang bawa kita jauh dari Allah ni tak boleh dijadikan kawan sebab takut dia bawak pengaruh dekat kita. Tapi kawan2 macam ni kita kena dakwah kan.. Memang kita tak baik sebab tu kita kena pilih kawan yang baik.. Memang kita belum baik tapi bukan bermakna kita tak boleh berdakwah kan? Kalau nak tunggu sempurna iman, sampai bila2 tak ada yang akan berdakwah.. Sebenarnya orang berdakwah sebab dyorang nak jadi baik.. Yela, dia menyeru orang pada kebaikan, so at the same time dia kena la buat baik kan??

Tapi what if kita yang jahat, so tak ada orang la nak kawan dengan kita?? Hurmm.. Parah ni?? Maksudnya kita sedar tak yang kita ni jahat?? Kalau sedar, cepat2 lah berubah.. Kalau ada yang bagi kita teguran kita kena bersyukur sebab zaman2 maju ni sangat2 jarang kita nak jumpa kawan2 yang mampu memberi teguran pada kita untuk ke arah yang lagi baik.. Tapi kalau tak ada yang bagi teguran, kita kenalah cari inisiatif sendiri untuk berubah.. Takkan nak terus jadi jahat.. Terus tak ada kawan.. Hidayah tak kan datang bergolek.. Kita kena cari dia.. Betul tak?

Sebenarnya prinsipnya mudah.. Nak kawan yang baik, kita sendiri kena jadi kawan yang baik.. Nanti Allah akan hantar orang2 yang baik untuk jadi kawan kita.. Kalau bukan waktu belajar ni, mungkin waktu kerja nanti... Tak pun Allah akan hantar dalam bentuk yang lain.. Just put our faith to Him :)

Erkkk.. Rasa macam panjang lebar plak berceloteh malam2 ni.. Heehe.. Almaklumlah lama tak menulis.. Huhu... K la.. Got to go... nak study for upcoming exam..Fuh..Kena cover 3 posting - Public health, Medicine, Paediatric... Semapt tak ni?? Huhu.. InsyaAllah..just mampu buat yang terbaik and let Him do the rest. Adios everyone.. Salam :)

Monday, 9 November 2015

Public Health Posting (RUBAN Posting)

   Firstly, nak minta maaf sebab ritu cakap nak tulis psal posting ni malam kelmarin. Tapi apakan daya diriku dilanda demam.. Now, it's time for story telling!

   Okay, public health posting or kiteorg budak2 medik uitm panggil as Ruban posting ni sebenarnya ada 2 part.. Sebulan pertama is Rural posting and sebulan kedua pulak Urban posting. Posting ni je satu2nya posting dekat tahun 3 yang ada 8 minggu total belajar. Kalau posting lain, 7 minggu belajar and 1 minggu lagi exam EOP (end of posting).. Tapi ruban posting ni tak ada eop, yang ada cuma EOS (end of semester).. Tapi tulah, exam tu nanti masa akhir semester..huhu..

   Okay, masa rural posting ni, minggu 1st memang dalam lab computer je.. 8am-5pm full with lectures.Masa ni punggung memang kematu la. Sebab duduk je memanjang.Ttapi ada jugak kadang2 kena buat seminar... Ikutlah pada group mana yg bertuah untuk dapat present seminar. Sebenarnya semua group akan buat seminar ni cuma bezanya waktu untuk present je. klau dah present seminar masa 1st week, group yg tak present seminar akan present Walk Through Survey masa 4th week. So, basically semua group akan present. Masa minggu ke-2 and ke-3, kiteorang kena hantar ke Teluk Intan (TI).. Masa ni la rasanya keRURALannya..huhu.. Dekat TI ni each group kena siapkan logbook, carik case study, pergi field study and siapkan research. Semua tu kena siapkan sepanjang 2 minggu dekat TI ni.. Sebabnya masa minggu ke-4, setiap orang akan present benda2 ni semua.. Logbook pulak kena siapkan dekat Klinik Kesihatan (KK) dekat TI tu...Bergantung pda group mna dapat KK mna. Then, minggu ke-4 siapkan report and presentation semua task tadi tu.It's the end of posting rural..huhuhu..

   Urban posting pulak tak banyak beza sangat... Cuma setting je beza.. Dekat kawasan bandar. Task semua sama, siapkan logbook, buat case study dgn field study and research.. Cuma, masa urban ni case kena carik dekat Hospital Sg Buloh (HSB)..Compare to masa rural semua case carik dekat KK.. Then masa buat field study dekat urban ni, semua dihandle by DBKL..Klau rural pulak semua dihandle by Pegawai Kesihatan Daerah (PKD)..So, basically sama je.. Cuma ye lah..Nama pon bandar kan..So a little bit canggih la sikit dari masa rural dlu..Disease dy pun urban tau.. hahah lol.. And minggu yang last sama jugak, kena buat report and present dalam kelas.. Siap!

   Ni sebenarnya brief je.. Nak cerita penuh2 bukannya kome baca..ehhehe... Tapi more likely macam ni la yang berlaku dalam posting ruban tu..Ada banyak yang seronok tapi banyak jugak yang tak seronok..ehehhe...Nak bagitau la, kena marah tu perkra biasa.. Kena marah dengan doctor ke, kena marah dengan patient ke..hurmmm...Kena biasakanlah..Kan?

   Tapi seriously, happy sangat sepanjang posting ni..( tipu je! haha)..Tak ada lah happy je..Ada jugak marah, penat sedih semua.. Now, i'm preparing myself utk masuk next posting.. Kalau masa ruban posting, masa dekat hospital sikit je.. Next posting ni, rasanya hospital akan jadik rumah kedua kot..uuhuhuhu..Okay,  tak nak bebel panjang2, pray for my studies everyone! Adios.. Wasalam.

Friday, 6 November 2015

officially end of posting!

   Peh, berhabuk rupanya blog ni. Lama sangat tak menaip dan menjenguk.. Fuhh. Look what public health posting had done to me. Bz!! huhu.
  Okay sebenarnya nak bagi tau yang semalam aku akhirnya official dah tamat posting untuk first rotation of Public Health ni.. Ho yeay!!! Tapi next posting is medicine posting.. Okay the tougher medicine orang kata..uhuhu.. May Allah ease. sebenarnya nak cerita pasal public health posting aka ruban posting ni.. Tapi takdok idea..huhu.. malam karang lah buat karangan sikit. huhu.
   Sebenarnya tujuan tulis ni sebab nak hilangkan habuk dekat blog ni..hehehe.. Okay, tu je.. adios, wasalam