Monday 1 August 2016

Cabaran 1 bulan 10kg!!

Ha... Tengok tajuk pun dah macam apa kan? Actually sekarang ni tengah cuti sem.. So, aku fikir nak kuruskan badan.. Nak kurus ni bukan sebab nak cantik sebab cantik tu kan subjektif.. Tapi nak kurus ni lebih pada nak sihat.. Sebab bila belajar kita tahu kan yang orang gemuk ni senang dapat banyak penyakit.. Jadi, sempena cuti sem sebulan ni, aku nak at least dapat kurangkan 10kg..  So, kiranya tiap minggu at least 3-4 kg kena kurang la kan? Huhuhu... Tak tahu boleh ke tak buat, tapi kena la disiplin dan rajin kan?? 

So, sempena nak kurus ni, aku ada la buat plan berdasarkan bahan bacaan sikit2.. Huhuhu... Semoga dapat membantu aku untuk kurus.. Huhu... Disebabkan aku ni seorang yang tak rajin untuk keluar bersenam, program kurus aku ni lebih pada pemakanan.. Tapi masalahnya aku ni SUKA SANGAT mengunyah... Huhuhuh... Aptb daa..... So, ni plan2 aku:

1) STRICTLY no sweet drink ( kalau jenis yang suka minum air manis, sekali je sehari.. Tapi tak boleh la lebih secawan kopi tu ea.. Hehehe..)

2) minum air masak kena banyak.. ( ni fundamental.. Apa2 pun air masak kena banyak minum.. At least 2L.. The more the better..)

3) Disebabkan malas nak keluar bersenam, aku kena pastikan at least sehari skipping 20-30 kali.. Bila baru nak start memang susah.. Jadi start dengan 5-10 sehari.. Lepastu, kena tambah2 la bilangan tu.. Huhuhu... 

4) Kalau malas sangat nak skipping, baring2 tengok tv tu, gerak2an kaki.. Tak boleh statik je.. Huhuhu...

5) Kena start dengan detox dulu.. Apa2 pun , detox badan dulu.. Ni, banyak cara boleh detox.. Aku pilih detox dengan lemon je.. Nak cara lain, boleh google.. Huhuhu..

6) So, ni jadual makan aku buat :
- pagi: minum air detox, roti wholemeal 2 keping dgn telur sebiji ( buat sandwich)
- tengah hari: nasi (portion kecik je-at least segenggam tangan tak boleh lebih), protein dgn sayur2 kena byk untuk cover nasi yang sikit tu)
- malam: makan lauk2 je tanpa nasi

-snek2 kalau rasa nak kunyah: epal ( tak boleh lebih 1biji sebab buah2an pun ada glucose), telur goreng hancur tanpa minyak
-setiap 2 jam kena minum air masak atau teh hijau 
-kalau lapar je, minum air masak.. Kadang2 kita lapar bukan sebab kita betul2 lapar, tapi sebab badan kurang air..

Ni plan sendiri, Tak tahu jadi ke tak.. Doakan :)
Kalau ada tips lain boleh la share.. Nanti, aku share berkesan ke tak diet sebulan ni.. Huhu..
Adios. Wasalam :)