Wednesday 13 July 2016

Belajar Dari Hati

Hello everyone! Wow! Lama sungguh tak menulis eak? Last post bulan april klau tak silap.. Sekarang bulan julai! Fuh! Agaknya kalau ada blog ni boleh berhabuk, mesti tebal dah habuk tu.. Huhu.. Firstly, nak ucap selamat hari raya pada semua warga blogger yang muslim.. Alhamdulillah Allah temukan kita dengan Ramadan dan Syawal tahun ni.. Semoga tahun depan, kita semua masih diberi kesempatan serta umur untuk berjumpa dengan bulan2 ni lagi :)

   Berbalik pada tajuk di atas, hari ni aku nak share pasal belajar dari hati. Apa maksud tu?? Sebenarnya maksud yang aku cuba sampaikan ni, belajar kena ikhlas dari hati kalau nak ilmu tu kita faham dan lekat sampai bila2.. Kalau sekadar belajar, baca, hafal tapi bukan belajar dari hati, ilmu tak kekal lama dan susah kita nak cepat faham.. Boleh faham tak penerangan ni?? Huhu..

   Aku bagi contoh ea.. Aku ni bukanlah seorang yang belajar dari hati sebelum ni.. just belajar untuk exam and bedside teaching dengan doctors.. Teruk kan aku?? Dah la ambik medik tapi cara belajar macam ni pulak.. Aku belajar macam ni sampailah ada satu ketika masa posting O&G, aku ada presentation case and aku kena present part differential diagnosis dengan part discussion disease.. So, aku tergerak lah nak belajar dari hati before start buat slides.. Masa tu, aku guna semua deria, aku tanamkan dalam hati aku nak belajar betul2.. Time tu, hati aku rasa tenang and seronok je.. Time tu jugak aku cepat je faham apa yang aku belajar.. Selalu tu kena ulang banyak2 kali baru faham.. Sampaikan masa presentation, doctor tanya pasal something tentang disease yang aku belajar tapi aku tak letak dalam slides, and guess what?? Aku dapat jawab dengan mudahnya... Selalunya, aku kena belek2 nota or slides sbb aku sendri tak ingat and tak faham sangat dengan apa yang aku belajar.. Tapi alhamdulillah, masa belajar kali ni lain sangat... Aku faham yang sungguh2.. Huhu..

   Lepas tu, masa ada exam long case, aku memang tak sempat langsung nak belajar banyak pasal kes2 gynae.. Dipendekkan cerita, aku dapat kes gynae! Masa nak naik wad untuk clerk patient tu, Allah je tau dalam hati aku ni macam mana.. Dalam kepala dah fikir pasal fail je.. Huhu.. Yela, dahlah tak tahu dapat kes gynae yang mana satu.. Lepas tu soalan dari doctor pulak tak tahu apa yang akan ditanyanya.. Kalau setakat tanya pasal investigation bolehlah...Kalau tanya pasal differential mati aku... Sebab aku tak baca sgt pasal gynae!! :'(

   Dipendekkan cerita lagi, rezeki Allah bagi dekat aku time exam tu.. Aku dapat kes yang aku study by heart yang aku cerita tadi.. Time tu gembiranya hati tak terkata... Lepas tu semua soalan doctor aku dapat jawab dengan baik.. Walaupun aku tak baca masa dah nak exam bahagian gynae, tapi sebab aku dah pernah study kes gynae ni by heart, mmg aku betul2 faham dan ingat.. Sejak kejadian tu, everytime aku nak study, aku akan pastikan aku study dari hati.. Aku tak lagi menetapkan exam sebagai matlamat aku.. Yang penting aku kne faham dari hati apa yang aku belajar.. Sebab i'm going to be a doctor in which there is only one line between my patient's life and death.. So, ak kena lah belajar betul2 kan?? :)

So, itulah cerita di sebalik belajar dari hati tu :)
Mohon doa yang baik2 dari semua... Wasalam.. Adios! :*