Wednesday 24 February 2016

Pilih Siapa Kawanmu

Lama sungguh tak menulis ni. Sibuk bebeno ya cik doktor ni.. ke acah2 sibuk?? hik3.. must be the latter right? Well, bukan sibuk mana pun just tak tahu nak menulis apa. So, today i got something on my mind tapi very far from medical field la.. Tak pe kan? Hehhe..

Macam tajuk tu la, " Pilih Siapa Kawanmu"..Kenapa tetiba soalan ni dibangkitkan eak? Sebenarnya, that topic just cross in my mind while i'm hearing azan maghrib.. Entahlah... Maybe rindu dekat zaman sekolah.. Sebab dulu masa zaman sekolah, everytime maghrib je, semua orang lepas roll-call berpusu-pusu pergi ke surau untuk solat jemaah ( sekolah asrama la katakan :p)... i really miss those time :'(

Tapi sekarang zaman universiti ni harapan la nak jumpa kawan2 yang nak ajak kita solat jemaah or kawan2 yang igtkan kita untuk solat awal.. Well, bukan tak ada langsung tapi susah nak jumpa.. Kena usaha sikit untuk cari..heheh.. That's why terfikir siapa kawan2 yang berada disekeliling sebenarnya?? Are they those yang remind me about Him or those yang menjauhkan? Nauzubillah.. Moga2 bukan yang kedua.. Tapi kalau kita ada yang kedua macam mana?? Takkan taknak kawan dengan mereka kan?? Then, terfikir satu hadis ni,

Hadis Rasululah SAW yang bermaksud, 
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” 

(Hadis riwayat Abu Daud).

Kita kena sentiasa tengok dengan siapa kita berkawan sebab mereka yang akan mempengaruhi iman kita. Kalau kita rasa mereka bawa kita jauh dari Allah, tinggalkan mereka, Jangan kawan dengan mereka.. 

Mesti some akan fikir, 
 " macam lah kau baik sangat nak pilih2 kawan ni",
" kalau kau tak nak kawan dengan dia, sape nak kawan dengan dia?"

Sebenanrnya, kawan2 yang bawa kita jauh dari Allah ni tak boleh dijadikan kawan sebab takut dia bawak pengaruh dekat kita. Tapi kawan2 macam ni kita kena dakwah kan.. Memang kita tak baik sebab tu kita kena pilih kawan yang baik.. Memang kita belum baik tapi bukan bermakna kita tak boleh berdakwah kan? Kalau nak tunggu sempurna iman, sampai bila2 tak ada yang akan berdakwah.. Sebenarnya orang berdakwah sebab dyorang nak jadi baik.. Yela, dia menyeru orang pada kebaikan, so at the same time dia kena la buat baik kan??

Tapi what if kita yang jahat, so tak ada orang la nak kawan dengan kita?? Hurmm.. Parah ni?? Maksudnya kita sedar tak yang kita ni jahat?? Kalau sedar, cepat2 lah berubah.. Kalau ada yang bagi kita teguran kita kena bersyukur sebab zaman2 maju ni sangat2 jarang kita nak jumpa kawan2 yang mampu memberi teguran pada kita untuk ke arah yang lagi baik.. Tapi kalau tak ada yang bagi teguran, kita kenalah cari inisiatif sendiri untuk berubah.. Takkan nak terus jadi jahat.. Terus tak ada kawan.. Hidayah tak kan datang bergolek.. Kita kena cari dia.. Betul tak?

Sebenarnya prinsipnya mudah.. Nak kawan yang baik, kita sendiri kena jadi kawan yang baik.. Nanti Allah akan hantar orang2 yang baik untuk jadi kawan kita.. Kalau bukan waktu belajar ni, mungkin waktu kerja nanti... Tak pun Allah akan hantar dalam bentuk yang lain.. Just put our faith to Him :)

Erkkk.. Rasa macam panjang lebar plak berceloteh malam2 ni.. Heehe.. Almaklumlah lama tak menulis.. Huhu... K la.. Got to go... nak study for upcoming exam..Fuh..Kena cover 3 posting - Public health, Medicine, Paediatric... Semapt tak ni?? Huhu.. InsyaAllah..just mampu buat yang terbaik and let Him do the rest. Adios everyone.. Salam :)